Dengan peningkatan jumlah saham HYBE yang kini bernilai RM770/saham, selebriti di bawah naungan syarikat Ithaca Holdings akan memperoleh jutaan dolar.
Bieber dan Grande telah menerima lebih daripada 53,000 saham bernilai lebih RM40 juta menerusi perjanjian ini. Balvin pula dilaporkan mendapat 21,000 saham, manakala Lovato mendapat 5,300 saham. Penyanyi, pemuzik dan penerbit lain di syarikat tersebut turut menerima saham dalam jumlah yang lebih kecil.
Tidak dinafikan ini adalah penggabungan terbesar dalam sejarah muzik antarabangsa. Dengan kewujudan Bieber, Grande dan BTS sebagai peneraju, pasti akan ada lebih banyak persembahan dan kolaborasi hebat di masa akan datang.
Foto: Thethings