Pasangan yang hangat diperkatakan di Hollywood ini seakan secara tidak langsung mengatakan ya ke atas berita tentang perkahwinan mereka.
Masihkah anda ingat pada beberapa minggu lalu di mana tiada siapa yang dapat mengenal pasti kesahihan sama ada Justin Bieber dan Hailey Baldwin sudah berkahwin atau pun tidak? Dan beberapa laporan tentang pasangan ini telah bertukar status kepada berkahwin pabila mereka muncul di mahkamah New York City untuk mendapatkan lesen kahwin? Dan kemudian Hailey memuat naik tweet serta terus memadam tentang dia “belum berkahwin”, kecuali ia hanya di mata ramai tetapi di mata undang-undang sebenarnya dia sudah pun berkahwin?
Sejujurnya, ia sememangnya laporan yang agak merunsingkan tetapi baru-baru ini Justin dan Hailey dilaporkan telah mengesahkan bahawa mereka sudah pun berkahwin. Pasangan ini dikatakan memaklumkam berita itu kepada seorang peminatnya dengan mengatakan “Yes!” pabila peminatnya bertanya jika mereka sudah pun berkahwin.
“Saya bertanya kepada mereka jika mereka sudah berkahwin dan mereka pada masa yang sama menjawab ‘Yes!’,” ujar peminat Bieber bernama Nona Melkoni yang mana turut menjamu selera bersebelahan dengan meja pasangan ini di sebuah restoran pada 16 Oktober lalu yang dimaklumkan kepada US Weekly.
“Mereka berdua kelihatan sangat bahagia dan baik hati. Bieber memberitahu saya yang Hailey adalah bidadarinya. Mereka sangat manis bersama!”
UPDATE
Selepas minggu mereka mengesahkan berita perkahwinan tersebut, Hailey Baldwin dikatakan sudah bersedia untuk menukar nama hujung kepada Mrs.Bieber secara profesional. Laporan The Blast menulis yang Baldwin baru sahaja memfailkan dokumen untuk menjadikan nama perkahwinannya sebagai trademark, Hailey Bieber, pada minggu lalu.
Dia memfailkan untuk mendaftar nama tersebut pada 10 Oktober, bersama dengan nama HRB3, untuk tujuan sebuah rangkaian fesyen. Namun ia masih kurang jelas sama ada Baldwin akan masih menggunakan nama keluarganya atau nama kahwinnya secara profesional di semua platform media sosialnya. Untuk masa sekarang, Hailey masih menggunakan nama Hailey Baldwin di Twitter dan Instagram.
TMZ turut menambah dan mengesahkan berita yang mana Bieber dan Baldwin masih merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama keluarga dan rakan-rakan mereka di New York atau Kanada dalam beberapa bulan mendatang.