Justin dilihat tidak memberi respon secara terbuka terhadap tuduhan yang diberikan kepadanya ketika memuat naik foto dirinya menggayakan locs pada 25 dan 26 April lalu.
Dia kemudian berkongsi 66 lagi foto dalam stail rambut itu sehinggalah tiga hari lalu sebelum mengambil keputusan untuk mencukur kepalanya.
Berikutan kritikan yang diterima, Justin berkongsi satu hantaran pada 26 April dengan mesej yang berbunyi, ‘Terdapat kekuatan dalam mengakui rasa tidak yakin. Kita semua memilikinya’. Dalam ruangan kapsyen, dia menulis: Tidak mengapa jika mempunyai rasa tidak selamat. Bersikap terbuka dan bercakap mengenainya. Ia sesuatu yang sihat.”
Namun tidak dapat dipastikan adakah ini merupakan respon terhadap tuduhan yang diterima mengenai rambutnya.