“Saya terasa mahu menampilkan sesuatu yang lebih ringan dan menyeronokkan,” katanya yang turut mengakui bahawa Honest dan beberapa lagu baharu ciptaannya diinspirasikan oleh isterinya sendiri, Hailey Bieber.
“Saya rasa semua orang berasakan bahawa perhubungan sukar untuk dikemudi, ia adalah satu perjalanan naik turun yang berterusan. Dan ya, saya mendapat ilham daripada perhubungan saya untuk menghasilkan muzik yang hebat,” tambahnya.
Justin turut menjelaskan, dia sentiasa menekankan bahawa cinta bukan sahaja menjadi asas kepada kehidupan malah juga muziknya. “Jadi penting untuk saya menyanyikan tentang kisah yang dilalui dalam kehidupan saya terlebih dahulu.”