Dia turut membangkitkan perbualannya dengan Hailey pagi itu dan mendedahkan, “Dia adalah keutamaan saya berbanding perkara lain. Jadi mempunyai persefahaman dengannya adalah perkara terpenting buat saya.”
Selain inspirasi, pemenang Anugerah Grammy itu turut berkongsi serba sedikit mengenai album terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dan kepentingan muzik dalam hidupnya.
“Ia sesuatu yang saya perlu sentiasa lakukan. Ia sebahagian daripada diri saya. Saya akan terus menghasilkan muzik selagi saya mampu.”
Foto: Getty Images