Tindakan Justin mengenakan skarf kepala kala membuat persembahan di pentas konsertnya di Utah, Amerika Syarikat baru-baru ini mengundang kritikan netizen dari negara Timur Tengah.
Menurut Middle East In 24, penyanyi itu dituduh menghina Islam dan komuniti Muslim secara keseluruhan dengan pilihan gaya ‘hijab’ yang dipadankan bersama celana putih dan kemeja-T longgar. Dia melengkapkan penampilannya dengan sepasang cermin mata hitam.
Portal media itu turut melaporkan Justin menerima kecaman sebaik sahaja foto dan videonya membuat persembahan di atas pentas tersebar di media sosial dua hari lalu.