Justin Bieber mengikut jejak langkah Shakira dengan menjual hak rakaman dan penerbitan muziknya kepada Hipgnosis Songs Capital.
Menurut Billboard, keseluruhan katalog milik Justin merangkumi 290 lagu yang dilancarkannya sehingga 31 Disember 2021 termasuk album baharunya, Justice.
Dijual pada harga RM855 juta, ia merupakan pemerolehan terbesar Hipgnosis setakat ini dan penjualan hak cipta terbesar buat mana-mana artis segenerasi Justin.