“Impak Justin Bieber terhadap budaya global sejak 14 tahun lalu amat luar biasa. Pada usia semuda 28 tahun, dia telah menjadi salah seorang daripada segelintir artis era penstriman yang menghidupkan semula seluruh industri muzik.
“Dia turut membawa peminat setia dari seluruh dunia dalam perjalanannya daripada fenomena remaja kepada artis budaya yang disegani.
“Pemerolehan ini merupakan antara penjualan terbesar yang pernah dibuat untuk artis di bawah usia 70 tahun. Begitulah kuasa katalog hebat ini yang mempunyai hampir 82 juta pendengar setiap bulan dan lebih 30 bilion penstriman di Spotify.
“Scooter Braun telah membantunya membangunkan katalog yang hebat, dan kami dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Justin dan lagu-lagu rakamannya yang luar biasa ke dalam keluarga Hipgnosis,” kata Merck Mercuriadis, pengasas dan ketua eksekutif syarikat itu dalam satu kenyataan.