Seperti yang dimaklumkan oleh Merck, perjanjian itu merupakan pemerolehan terbesar buat Hipgnosis setakat ini. Pada 2021, Neil Young menjual 50 peratus daripada katalog muziknya kepada firma pelaburan Britain. Syarikat itu membeli katalog Leonard Cohen dan Justin Timberlake pada tahun berikutnya.
Bob Dylan, Bruce Springsteen dan Phil Collins juga mengambil langkah menjual katalog muzik mereka kepada syarikat berbeza. Katalog muzik Shakira yang merangkumi 145 lagu menjadi milik Hipgnosis dua tahun lalu.
Tidak dipastikan sama ada keputusan yang diambil Justin berkait rapat dengan sindrom Ramsay Hunt, penyakit jarang berlaku yang menyebabkan kelumpuhan pada wajahnya sehingga pernyanyi itu terpaksa membatalkan siri konsert jelajah dunia tahun lalu.
Baca: “Sampah!” – Justin Bieber Kritik Produk Fesyen Terbaru H&M