Selepas beberapa kali menunda siri jelajah dunia Justice, Justin Bieber akhirnya mengumumkan pembatalannya di Eropah.
Oktober lalu Justin mengumumkan penangguhan konsert 2022 kepada tarikh yang belum ditetapkan. Bagaimanapun peminat yang membeli tiket persembahannya di London berang apabila menerima e-mel pada 28 Februari yang mengesahkan bahawa konsert itu telah pun dibatalkan secara rasmi.
“Dengan segala duka cita kami ingin mengumumkan bahawa siri jelajah Justin Bieber yang bakal berlangsung di arena The OC telah dibatalkan. Kami memahami kekecewaan anda dan memohon maaf atas sebarang kesulitan,” tulis penganjur acara hiburan, AXS.
