Syarikat jualan tiket itu menambah, “Wang anda akan dikembalikan secara automatik ke dalam akaun yang anda gunakan ketika membuat pembelian tiket. Untuk makluman, proses ini akan mengambil masa sehingga 10 hari bekerja.”
Selain London, paparan di laman sesawang jualan tiket menunjukkan pembatalan di beberapa lagi lokasi termasuk Manchester dan Dublin, manakala lokasi di Amerika Syarikat pula tertera perkataan ‘postponed’ (ditunda).
Sehingga kini Justin masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai pengumuman itu termasuk punca dan perancangan akan datang untuk konsert Justice.