Walau bagaimanapun terdapat spekulasi yang mengatakan ia berkait rapat dengan proses pemulihannya selepas diserang Sindrom Ramsay Hunt pada Jun tahun lalu.
Pelantun lagu Peaches itu didiagnos menghidap penyakit jarang ditemui yang mengakibatkan lumpuh separuh wajah, menyukarkannya untuk mengedipkan mata dan tersenyum. Ia berpunca daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan wajah.
Ini memaksa Justin membatalkan baki siri jelajah dunianya di Amerika Syarikat ketika itu. Walaupun kembali meneruskan persembahan tidak lama selepas pulih, kesihatannya terjejas sekali lagi dan dia terpaksa menunda konsertnya termasuk di Malaysia.
Foto: Getty Images
Baca: Justin Bieber Jual Katalog Muzik Miliknya Pada Harga RM855 Juta