Sean Diddy Combs dan Justin Bieber pernah menjadi salah satu gandingan paling popular dalam industri hiburan suatu ketika dahulu. Namun keakraban mereka retak kerana Diddy ‘didakwa’ pernah melakukan serangan seksual terhadap Justin Bieber.
Kontroversi antara Justin Bieber dan Sean “Diddy” Combs menjadi topik hangat di laman sosial dan ia menarik perhatian ramai peminat akan kontroversi yang didakwa oleh bekas teman wanita Diddy, Cassie Ventura. Hubungan mereka pada mulanya kelihatan akrab, namun kini renggang kerana terdapat beberapa insiden yang berlaku antara mereka berdua.
Dikatakan, sejak Bieber memasuki industri muzik, dia sedaya upaya untuk mendapat kerjasama dengan Diddy, yang sudah pun menjadi bintang terkenal ketika itu. Pada tahun 2009, selepas mengeluarkan single pertamanya, One Time, Bieber mendapat tawaran kolaborasi impiannya bersama Diddy. Dan dari situlah bermula segala sisi gelap yang dilalui oleh Justin Bieber pada umur remaja.
Diddy didakwa mengeksploitasi Justin Bieber, meliwat dan melibatkan penyanyi ‘Baby’ itu di parti liar pada umur remaja.
Lelaki berusia 54 tahun itu turut didakwa melakukan pemerdagangan seks secara paksa, penipuan serta aktiviti pelacuran secara berluasa.
Diddy turut didakwa mendera, mengancam dan memaksa wanita dan orang lain di sekelilingnya untuk memenuhi keinginan seksualnya – akan mengugut mereka dengan menyimpan beberapa video seksual bagi melindungi reputasinya selama lebih sedekad.
Baca : 7 Restoran Milik Selebriti Malaysia Yang Wajib Anda Cuba!