Tidak lama selepas Justin Bieber dilihat keluar bersama seorang gadis baru, identiti gadis tersebut sudah mula bertebaran di laman sesawang dan media sosial.
Bieber dilaporkan tidak hadir ke after party konsertnya yang berlangsung di Rio baru-baru ini meskipun lebih 700 tetamu telah membayar untuk menghadiri majlis tersebut yang menantikan kehadirannya.
Menurut sumber, Bieber telah dilihat keluar bersama gadis tersebut pada ketika itu. Meskipun pada awalnya ramai yang tertanya-tanya siapakah gadis berkenaan, dengan khidmat internet identiti gadis itu telah berjaya dikenalpasti.
Luciana Chamone merupakan seorang bintang Instagram yang mempunyai lebih 117,000 pengikut. Rata-rata peminat fanatik Bieber berjaya mengenal pasti berita tersebut dan disebabkan perkara itu, Instagram Luciana sarat dengan komen-komen yang mencercanya gara-gara berhubungan dengan penyanyi popular tersebut.
Gadis tersebut hanya membalas kritikan ramai itu dengan sekeping gambar berserta mesej ringkas menerusi Instagramnya.