Penyanyi popular antarabangsa ini meluahkan keinginannya untuk mendirikan rumah tangga kepada seorang pesakit di bawah yayasan Make A Wish.
Menerusi sebuah video yang dirakamkan, Justin Bieber membuat pengakuan yang mana dia mahu mempunyai hubungan yang serius dengan seseorang. Dia kini dikatakan sedang menjalani proses mencari teman wanita yang sebaiknya terus boleh dijadikan isterinya.
“Maksud saya, secara jujurnya saya mahukan seorang teman wanita. Saya serius dalam perkara ini. Saya mahu berkahwin! Bukan sekarang tetapi akan datang,” ujar Bieber.
Ini sekaligus menunjukkan yang Bieber buat pertama kalinya mahu mempunyai sebuah kehidupan yang lebih tenang dan berkonsepkan kekeluargaan selepas dia berpisah dengan Selena Gomez pada tahun 2015.
https://www.youtube.com/watch?v=Wlaeg2FRnDE
Menurut laporan dari majalah NW, Bieber dikatakan sedang mencari gadis yang dia idamkan untuk dijadikan isteri ketika kembaranya ke Sydney tiga bulan lalu. Bahkan, bintang pop ini turut meminta pertolongan dari sahabat baiknya, Carl Lentz untuk mengetuai pencarian pasangan hidupnya dengan bantuan paderi sehingga menjalankan sesi uji bakat pencarian calon yang berpotensi berdasarkan ciri-ciri wanita yang Bieber sukakan.
Bieber dikatakan mencari seorang teman wanita yang mempunyai kepercayaan agama yang sama dengannya serta mahu mempunyai zuriat dengannya.