K-drama telah meraih populariti besar secara global, menandakan era baru dalam industri hiburan dunia, manakala, Netflix telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan K-drama kepada penonton, menjadikannya mudah diakses oleh jutaan orang.
Tahun 2023 menandakan perubahan untuk mengukur populariti drama Korea di Netflix dalam senarai sepuluh teratas global. Dengan lebih dari 1.8 bilion jam tontonan tercatat, tahun 2023, terbukti sebagai satu lagi tahun yang sangat berjaya untuk K-drama di Netflix. Oleh itu, EH! telah mengumpulkan K-drama yang paling banyak ditonton di platform ini pada tahun 2023 secara global.
Semak 10 K-Drama yang paling banyak ditonton di Netflix 2023:
10. See You in My 19th Life
Mengumpulkan lebih dari 74.6 juta jam tontonan, drama siri asli Netflix yang ditulis oleh penulis skrip Choi Young Rim dan diarahkan oleh Lee Na Jung ini berdasarkan webtoon popular karya Lee Hye. Meskipun kejayaannya yang luar biasa di Netflix, drama ini mengalami nasib yang berbeza di Korea Selatan, gagal untuk menembusi 50 drama dengan rating tertinggi di negara tersebut.
9. Black Knight
Ditayangkan di Netflix pada 12 Mei 2023 dengan tontonan 79.4 juta jam, Black Knight ialah siri televisyen Korea Selatan yang ditulis dan diarahkan oleh Cho Ui-seok, dan dibintangi oleh Kim Woo-bin, Song Seung-heon, Kang Yoo-seok dan Esom. Siri ini diadaptasi dari webtoon popular karya Lee Yun-kyun, ia menggambarkan masa depan dystopian di mana pencemaran udara yang meluas telah menjadi masalah besar selepas komet memusnahkan sebahagian besar dunia dan mangsa yang terselamat perlu bergantung pada tangki oksigen dan topeng.
8. Mr. Queen
Netflix terlepas peluang memperoleh drama siri Mr. Queen sebagai Original berlesen antarabangsa semasa tayangannya pada 2020/2021. Dengan itu, drama tersebut ditayangkan pada tahun ini dengan mencatatkan lebih dari 104 juta jam tontonan dan tersenarai dalam sepuluh teratas Global. Meskipun sempat ditimpa kontroversi, siri yang di adaptasi dari siri web Cina, “Go Princess Go” dibintangi Shin Hye-sun sebagai Ratu Cheorin dan Kim Jung-hyun sebagai Raja Cheoljong ini menempatkan diri sebagai salah satu dari sepulah K-drama paling popular di Netflix pada tahun ini.
7. Celebrity
Drama siri Celebrity mencatatkan lebih dari 113 juta jam tontonan. Siri dengan 12 episod ini ditulis oleh Kim Yi-young dan diarahkan oleh Kim Cheol-kyu. Drama tersebut menjelajahi dunia yang penuh keinginan dan misteri, kehidupan glamor pempengaruh media sosial dan selebriti, serta kecemburuan dan iri hati yang muncul di antara mereka. Siri ini merupakan bukti kerjasama produktif antara Netflix dan Studio Dragon yang telah menghasilkan deretan K-drama di Netflix seperti, Love Alarm, Sweet Home, The King: Eternal Monarch, Crash Landing on You, dan banyak lagi.
6. The Good Bad Mother
Berada di tengah-tengah lima puluh drama yang paling banyak ditonton di Korea, The Good Bad Mother membuatkan peminat K-drama terus kembali ke Netflix dari semasa ke semasa dengan tontonan lebih 122 juta jam dan tersenarai diantara sepuluh k-drama paling banyak ditonton di Netflix pada tahun ini. Lee Do Hyun memegang watak sebagai Kang Ho yang popular dengan drama lain di Netflix seperti The Glory, Youth of May, 18 Again dan Hotel del Luna.
5. Doctor Cha
Siri Doctor Cha menduduki tempat keenam dengan rating yang sangat tinggi memperoleh lebih 150 juta jam tontonan mengatasi drama popular seperti Extraordinary Attorney Woo dan Mr Sunshine. Drama cinta dan medik yang ditulis oleh penulis skrip Jung Yeo Rang, dan diarahkan oleh Kim Dae Jin, Pertama kali ditayangkan pada 15 April 2023, dan terdiri daripada 16 episod. Uhm Jung Hwa yang memegang watak utama iaitu Cha Jung Sook, pernah membintangi siri Netflix, Our Blues. Di luar kerjaya muziknya, dia terkenal dalam filem seperti Okay! Madam, dan Wonderful Nightmare.
4. Bloodhounds
Dari sekian filem dan K-drama yang hadir di Netflix pada tahun 2023, Bloodhounds telah mencuri perhatian sebagai salah satu thriller yang mencapai kejayaan besar. Sebelumnya ia dikenal dengan tajuk “Hunting Dogs”, yang merupakan karya penulis dan pengarah, Jason Kim. Filem thriller ini adalah kali keempat Jason Kim menulis dan mengarahkan projek, namun menjadi yang pertama untuk platform Netflix. Dengan menarik perhatian lebih dari 164.8 juta jam tontonan, Bloodhounds telah mengalahkan hampir semua drama lain dengan kiraan CVEnya.
3. Crash Course in Romance
Sangat popular di Korea Selatan, siri ini kini menduduki tempat ke-11 dalam drama tertinggi dalam sejarah Korea selepas mencatatkan rating yang mengagumkan, iaitu 17.038% di seluruh negara dengan tontonan melebihi 183 juta jam di Netflix. Siri ini berkisahkan hubungan pahit manis antara pemilik kedai banchan yang anak perempuannya memasuki peperiksaan kemasukan kolej di Korea, dan seorang pengajar hagwon.
2. King The Land
King the Land telah menjadi salah satu drama Korea paling kontroversi di Netflix. Siri ini telah mendapat perhatian hebat selepas dua episod menggambarkan tidak sensitif budaya bahawa seorang Putera Arab digambarkan oleh seorang pelakon India, Anupam Tripathi. Meskipun isu kontroversial ini, drama King the Land berjaya mencapai kejayaan yang menakjubkan dengan mengumpulkan lebih dari 323 juta jam tontonan dalam senarai sepuluh teratas global, menjadikannya salah satu drama paling berjaya dalam sejarah televisyen Korea.
1. The Glory (Season 1)
The Glory, sebuah K-drama yang menakluk hati penonton di seluruh dunia pada tahun 2023, telah mencatatkan lebih dari 560 juta jam tontonan, menjadikannya salah satu drama paling popular pada tahun 2023 di Netflix. Drama ini dibagi menjadi dua bahagian, kedua-duanya mendapat sambutan hangat serta pujian meluas dari penonton. Prestasinya yang luar biasa terus bersinar di Anugerah Seni Baeksang ke-59, di mana The Glory berjaya meraih tiga anugerah iaitu Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik yang dianugerahkan kepada Song Hye-kyo, dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Lim Ji-yeon.
Artikle Berkaitan: 5 K-Drama Cha Eun Woo Untuk Ditonton Jika Anda Suka Webtoon