4. Jokbal (Daging Kaki Babi)
Jokbal adalah makanan yang sangat terkenal di Korea Selatan untuk dimakan pada waktu lewat malam. Malangnya, makanan terkenal itu dilarang sekali dimakan kerana ia mempunyai kalori dan lemak yang tinggi. Secara tidak langsung, ia akan membantutkan berat ideal yang idol perlu capai. Tzuyu TWICE adalah antara peminat tegar Jokbal. Dia menceritakan kisah tentang dia bersama ahli TWICE yang lain akan membuat alasan yang pelbagai hanya untuk curi-curi makan Jokbal di belakang agensi.