Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Sumber Google
Filem Tamil pecah panggung, Kabali bakal menggegarkan pawagam di Malaysia dalam versi Bahasa Malaysia khas untuk penonton di Malaysia bermula 22 Julai. Filem pecah panggung ini bakal menampilkan Kollywood Superstar Rajinikanth yang akan dialih suara ke Bahasa Melayu yang diusahakan oleh pengedar filem di Malaysia, Malik Streams.
Datuk Abdul Malik Dashtigeer, Produser bersama Kabali yakin yang peralihan suara dari bahasa Tamil ke bahasa Malaysia ini akan menjadi satu trendsetter dan satu acara bersejarah di dalam industri filem di Malaysia.
Bahkan, trailer filem Kabali yang mempunyai peralihan bahasa ini sudah dilancarkan pada minggu lalu kepada umum dan secara drastik ia mendapat banyak tontonan.
Arun Kumar bakal menjadi suara untuk Rajinikanth dalam versi bahasa Malaysia dan Fathia Latiff pula membawa suara untuk watak anak kepada Rajinikanthm Dhanshikaa.
Filem Kabali versi bahasa Malaysia ini bukan hanya akan ditayangkan di Malaysia sahaja, malah ia bakal ditayangkan di 250 buah pawagam di Indonesia pada 29 Julai nanti.
Antara selebriti tempatan lain yang turut serta menjayakan filem Kabali ini termasuklah Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan dan Tony Kassim. Secara keseluruhannya, seramai 800 orang warga Malaysia yang menjadi sebahagian dalam filem ini termasuklah pelakon tambahan.
Di Chennai, India pula, beberapa syarikat mengisytiharkan cuti sempena tayangan filem perdana di sana pada esok hari (22 Julai).
https://www.youtube.com/watch?v=kqOGJ6lDPqY