Kemunculan Kaia Gerber di pentas peragaan sememangnya dinantikan oleh penggemar fesyen. Apatah lagi ramai tidak sabar melihat bakat Kaia yang dicanang sehebat ibunya, supermodel Cindy Crawford.
Selepas lebih setahun aktif sebagai model pentas peragaan, tubuh Kaia dilihat seakan semakin lama semakin kurus. Malah berat badannya yang hanya 42 kilogram juga dilihat tidak ideal dengan ketinggiannya iaitu 175 cm.
Peminat mula membandingkan Kaia dan Cindy di mana ibunya ketika di awal kemunculan tampil dengan tubuh curvy dan tidak terlalu kurus. Cindy sendiri terkenal sebagai model dengan tubuh sempurna dan memiliki saiz payudara serta punggung yang cantik.
Kaia dilihat memiliki kelebihan untuk menempah kempen-kempen high couture berbanding ibunya satu ketika dahulu. Saiz tubuh yang berisi membuatkan peluang Cindy terhad dan lebih sesuai untuk kempen komersial.
Disebabkan itu, Cindy dikatakan memaksa Kaia untuk kekal bertubuh kurus supaya mudah anaknya itu mendapat peluang peragaan yang pelbagai.