Kanye West dibawa ke hospital UCLA Medical Center untuk pemeriksaan mental apabila doktor peribadinya membuat panggilan kecemasan 911 berikutan West bertindak seakan tidak normal.
Suami kepada Kim Kardashian ini telah pun membatalkan kesemua konsertnya yang telah dijadualkan sehingga hujung tahun ini. Bahkan, semua peminatnya yang telah pun membeli tiket ke konsert jelajahnya akan menerima pulangan tunai semula.
Selepas pembatalan konsert tersebut, Kanye dikatakan telah melontarkan serangan lisan ke atas Jay-Z dan Beyonce. Kanye dibawa ke hospital ketika dia sedang berada di kediaman jurulatih peribadinya. Pada masa sama, salah seorang doktor peribadinya melakukan pemeriksaan ke atasnya pada ketika itu berikutan masalah kurang tidur dan kekurangan air yang dialaminya dan disebabkan itu salah seorang dari mereka di situ telah mengambil keputusan untuk memanggil pihak polis serta ambulans.
Menurut laporan polis, doktor yang merawat rapper Hollywood ini meletakkan kes Kanye di bawah psikiatri 5150. Laporan tersebut turut menyatakan yang mana Dr.Farzam memberitahu polis yang mana Kanye cuba melakukan serangan ke atas kakitangan di gim.
Bahkan, ketika tahanan, Kanye telah digari ke atas pengusung dek kerana protokol polis yang menerima panggilan psikiatri 5150. Ketika kejadian, Kim K baru sahaja terbang ke kota New York untuk acara pertamanya selepas insiden rompakan bersenjata ke atasnya di Paris. Tetapi Kim K dilaporkan bergegas pulang semula ke LA untuk bersama suaminya pada hari yang sama.
Sumber yang mempunyai hubungan dengan rapper tersebut berkongsi maklumat kepada media antarabangsa yang mana Kanye terlalu penat kerana dirinya sibuk bekerja setiap jam. Bahkan, kes rompakan ke atas Kim K juga salah satu tekanan yang mengganggunya.
“Setiap masanya yang berjauhan dari keluarga juga memberi dia tekanan. Keluarga adalah yang paling penting bagi Kanye,” kata sumber.