Kanye West memutuskan untuk mencari cinta baharu setelah hampir setahun Kim Kardashian menfailkan perceraian di mahkamah.
Prosiding perceraian antara Kanye dan isterinya yang berlangsung sejak awal tahun lalu masih belum menemui titik noktah dan mungkin akan mengambil masa beberapa bulan lagi.
Nekad untuk meneruskan hidup, bapa kepada empat cahaya mata itu akhirnya mengalah dan mula mencari pengganti Kim walau mengakui masih mencintai isterinya dua bulan lalu.
