Tindakan penyanyi berusia 45 tahun itu bukanlah langkah pertamanya untuk kembali menawan hati Kim. Seminggu lalu dia memuat naik satu foto keluarganya di Instagram berserta kapsyen, “Tuhan, tolong satukan kembali keluarga kami.”
Sebelum memuat naik hantaran penuh pengharapan itu, Kanye telah beberapa kali memberi komen negatif mengenai perhubungan Kim dan Pete serta percaya bahawa dia dan isterinya akan bersatu tidak lama lagi. Penghinaannya kepada Pete berterusan sehingga namanya menjadi trending Ahad lalu, mendahului Super Bowl.
Malah dia turut menasihatkan pasangan berkahwin agar “menjaga suami isteri masing-masing” dan “pastikan mereka tahu betapa anda hargai dan sayangi mereka” kerana pasti ada seseorang yang akan “mengintai dan membantu menghancurkan rumah tangga anda.”