Dalam temu bual sama, dia mengakui berada terdorong disebabkan kurangnya masa yang diluangkannya bersama bapa, Ray West sewaktu zaman kanak-kanaknya.
“Apabila ibu membawa saya berpindah dari Atlanta ke Chicago, bapa saya tidak sanggup berhijrah ke bandar paling sejuk dan berbahaya di dunia untuk berada di sisi saya. Alasan yang diberi, ‘Saya akan terus menetap di Atlanta demi kerjaya.’
“Tiada apa termasuk kerjaya, dunia rap, pihak media atau apa sahaja yang akan menjauhkan saya daripada anak-anak. Dan itulah yang saya mahu semua orang tahu,” katanya.