Kanye turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba menghalangnya daripada bertemu cahaya matanya.
“Jangan cuba bermain dengan saya atau anak-anak saya. Tiada apa yang akan menjadi batu penghalang di antara saya dan anak-anak, dan anda tidak akan berjaya memanipulasi saya,” katanya.
Kim menfailkan perceraian terhadap Kanye pada Februari 2021 selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan bersama. Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis mewah di Itali pada Mei 2014 dan berkongsi empat cahaya mata – North, Saint, Chicago dan Psalm.
Foto: Getty Images