Berdasarkan aktiviti media sosialnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Ye meneruskan gangguan di laman sosialnya terhadap Pete Davidson, teman lelaki baru isterinya, Kim Kardashian. Ye juga menyentuh sentimen hak penjagaan anak-anaknya dan dia membuat beberapa kenyataan sesat tentang isu perhambaan politik dan sebagainya.
Pada hari Rabu lalu, West dilaporkan telah disekat daripada akaun Instagramnya selama 24 jam kerana ucapan kebencian, gangguan dan buli selepas dia didakwa menulis kata-kata perkauman di halaman IG Trevor Noah.