Kanye West dan Irina Shayk mengesahkan khabar angin percintaan mereka yang tersebar beberapa minggu lalu.
Menerusi beberapa foto yang disiarkan oleh DailyMail, Kanye dilihat meluangkan masa bersama supermodel Rusia itu di butik hotel mewah seluas 600 ekar, Villa La Coste yang terletak di Provence.
Hotel tersebut mempunyai 28 Villa Suites yang dikelilingi keindahan taman, herba dan flora. Setiap villa menawarkan pemandangan lembah dan ladang anggur yang luas, berharga antara RM6,267 hingga RM7,771 untuk satu malam.

