Aksi pasangan itu dirakam pada Selasa lalu pada hari ulang tahun kelahiran Kanye yang ke-44. Pada hari yang sama, Kim meluahkan rasa ‘cintanya’ terhadap penyanyi itu dengan ucapan, “Happy Birthday. Love U for life!”
Dalam foto tersebut, mereka dilihat menikmati percutian bersama dikelilingi keindahan desa. Kanye turut dilihat merakam foto Irina beberapa kali, dan mereka kelihatan begitu selesa di samping satu sama lain.
Menurut DailyMail, pasangan itu tiba di hotel pada hari Ahad, meluangkan tiga malam di sana dan bertolak pulang pada hari Rabu menaiki jet peribadi berasingan. Kanye dikatakan menyewa keseluruhan hotel untuk tempoh tersebut untuk mengelakkan diri mereka menjadi perhatian.

