Ramai mengetahui Perancis merupakan salah satu destinasi kegemaran penyanyi itu. Dia menghabiskan banyak masa di Paris sewaktu mula menjalin hubungan dengan Kim Kardashian pada 2012.
Mereka dilaporkan bercinta setelah Kim dirakam duduk di barisan hadapan ketika pertunjukan fesyen Kanye di Minggu Fesyen Paris pada 2012. Mereka kemudian menganjurkan parti pra-perkahwinan mewah di Palace of Versailles, Paris sebelum berkahwin di Florence, Itali pada 2014.
Pelantun lagu Follow God itu nampaknya benar-benar menyintai Irina kerana memilih untuk meluangkan hari ulang tahun kelahirannya bersama supermodel itu di lokasi yang begitu istimewa di hatinya.