Pasangan itu menyarung persalinan kulit rona hitam dari hujung rambut ke hujung kaki dan Kanye turut dilihat menyembunyikan wajahnya dengan balaclava sedondon.
Julia yang menyarung but tinggi memilih anting-anting dempak dan beg tangan rona emas metalik sebagai pelengkap gaya. Kanye turut menyarung moon boots yang menjadi gaya pilihannya kebelakangan ini bersama sarung tangan biker.
Namun di sebalik topeng wajah yang digayakan Kanye, persalinan sedondon pasangan itu mempunyai banyak persamaan dengan penampilan Kim Kardashian di Met Gala tahun lalu.