Kim yang menfailkan perceraian terhadap pelantun lagu Stronger itu pada Februari 2021 mencetus perbualan hangat di karpet merah apabila tampil di luar kebiasaan dalam persalinan serba hitam termasuk topeng muka.
Dia ditemani seorang jejaka dalam busana sedondon yang kemudian dikenal pasti sebagai Demna Gvasalia, pengarah kreatif Belanciaga yang merupakan pereka di sebalik persalinan bertemakan ‘In America: A Lexicon Of Fashion’ itu.
Kanye dilaporkan membantu menata gaya penampilan Kim malam itu walaupun mereka telah lama berpisah dan membawa haluan masing-masing.