Kanye West mengejutkan peminat apabila dilaporkan telah berkahwin dengan pereka Yeezy, Bianca Censori dalam sebuah majlis rahsia.
Baru-baru ini Kanye dilihat menyarung cincin perkahwinan di jari manisnya, walaupun pasangan itu belum memohon sijil perkahwinan dan menfailkan penyatuan mereka secara sah dari segi undang-undang, menurut lapor TMZ.
Bianca, 27, yang penampilannya saling tidak tumpah seperti Kim Kardashian bekerja sebagai pereka seni bina untuk jenama Yeezy sejak November 2020.

