Selepas dirakam bersama buat kali pertama di sebuah restoran awal minggu lalu, kelibat pasangan itu dilihat menikmati bulan madu di sebuah resort mewah, Amangiri beberapa hari kemudian.
Resort lima bintang itu terletak di Canyon Point, Utah yang mempunyai 34 kamar dan sebuah vila Mesa dengan empat bilik tidur.
Harga bilik dilaporkan bermula dari RM14,305 hingga RM27,744 untuk satu malam manakala harga vila seluas 5,853 kaki persegi tidak didedahkan kepada umum.