Tanpa kita sedari, tempoh PKP dan isolate dirumah ini membuatkan kita lebih terikat untuk melakukan sesuatu aktiviti that we find it enjoyable dan buat kita tidak bosan bila duduk di rumah.
Perdana Menteri kita juga turut terhibur melihat kreativiti ramai rakyat Malaysia yang sering menghibur diri di rumah, ada yang berbaju kelawar dan ada juga yang berbasikal di dalam rumah. Kami di EH! juga turut seronok melihat setiap posting yang mencuit hati di media sosial hari ini, bintang media social dan para selebriti juga tidak terkecuali, how this insolation turn us into crazy yet creative in soo many different way!
Oleh itu EH! mahu klasifikasikan beberapa karakter yang tanpa kita sedari sudah lahir dalam diri kita sejak perintah PKP ini. Selepas lebih dua minggu, aktiviti-aktiviti ini menjadikan kita lebih arif dalam sesuatu perkara yang kita sering lakukan, dan ini antara klasifikasi karakter yang EH! percaya paling terkenal semasa anda isolate dirumah.
#1 A TikTokers
Video kucing Alicia Amin membuat tarian TikTok ‘Say So’
Bored in the house, bored in the house, BORED! Menurut akhbar dari laman sesawang Economic Times, Aplikasi TikTok telah mencatat rekod muat turun tertinggi bermula pertengahan bulan lepas dengan 20% peningkatan menjadikan aplikasi telah dimuat turut 49 juta kali. Ini membuktikan ramai dikalangan kita termasuk juga selebriti lokal dan antarabangsa sudahpun terjebak untuk mencuba tarian yang jadi viral di media sosial langsung menjadikan kita salah seorang dari #TikTokers !
#2 Home Chef
Video IGTV Resepi ‘Roti Canai Hempuk Jiran Sebelah’ dari Nabila Huda
EH! percaya ramai dikalangan kita mengalami rasa bahagia dan gembira bila setiap hari dapat makan bersama yang tersayang dirumah dan bagi kami, it’s been kind of joyful amid all the sorrow. Sudah lebih dua minggu terperap di rumah tiba-tiba lidah terasa mengidam pula untuk merasa lauk-lauk kampung, masa inilah anda mula berkecah di dapur mencari resipi dan tutorial di blog dan Youtube. Aktiviti ini bukan sahaja jadi terapi buat kita dalam mengalih perhatian tentang musibah virus covid tetapi juga to bring people together dan buat diri kita labih arif dalam dunia masakan.
#3 A True Gamers
Teaser game Animal Crossing dari Nintendo
Ramai antara kita mengambil kesempatan ini untuk menghiburkan diri dengan permainan animasi di konsol Playstation, Xbox atau Nintendo, ya masa inilah anda boleh jadi lebih fokus untuk menjalankan misi di dalam permaianan yang sudah lama tertunda. Baru-baru ini Nintedo telah lancarkan satu permainan animasi RPG Animal Crossing yang jadi salah satu game yang paling kerap dimain dan popular dikalangan millennials juga turut dibincaknan di dalam The New York Times artikel bertajuk ‘Why Animal Crossing Is the Game gor the Coronavirus Moment’, mungkin ini jadi masa terbaik untuk anda menerokainya juga!
#4 Binge-watching
Park Seo-Joon dalam drama siri Itaewon Class, drama siri hit Korea di Netflix
Buat anda yang gemar menonton drama siri terutamanya drama Korea anda akan tahu how struggle it is to finish the whole series! Satu episod sahaja sudah hampir 40 minit hingga 1 jam dan kebiasaanya satu siri memiliki 16-20 episod, but now you’re lucky kerana anda kini ada banyak masa untuk menghabiskannya! Tabiat menonton siri berturut-turut (marathon) ini menjadikan kita terikat di depan sofa sambil WFH dari pagi hinggalah kemalam, kalau boleh mahu habiskan kesemua siri drama terkenal di Netflix yang ada. Dalam laman web Forbes juga turut mengenegahkan satu artikel bahawa MCO serata negara ini menghasilkan rekod tontonan paling tinggi di Netflix,
#5 Home Workout Expert
Video senaman dari Sherry Alhadad
Salah satu masalah yang jadi kebimbangan kita semya adalah tidak boleh kunjungi gim dan lakukan rutin kecergasan mengikut jadual yang sudah diselaraskan. Namun hal tersebut menukar ramai antara kita menjadi Home workout expert. Kini sudah ada ramai pengajar senam yang membuat kelas secara atas talian dan ada juga yang membuat siaran langsung untuk anda bersama-sama mencubanya dirumah. Hal ini bukan sahaja baik dalam memberi kesihatan dan kecergasan tubuh tetapi juga beri ilmu yang berguna semasa berada di rumah.