Kate dikatakan menjadi pilihan pertama untuk peranan baharu itu selepas Grenadier Guards, rejimen infantri Tentera British meluahkan keinginan agar jawatan kehormat itu dianugerahkan kepada Duchess of Cambridge.
Khabar ni muncul selepas Ratu menarik balik gelaran kehormat, ketenteraan dan yang sekutu dengannya serta meletakkan larangan penggunaan media sosial terhadap Duke of York disebabkan tuntutan undang-undang terhadapnya yang difailkan di Amerika Syarikat.
Virginia Giuffre, 38 bertindak menyaman putera berusia 61 tahun itu kerana melakukan serangan seksual terhadapnya ketika dia masih bergelar remaja.
Dia mendakwa dirinya diperdagang oleh rakan baik Putera Andrew yang merupakan seorang pedofil, Jeffrey Epstein untuk menjalin hubungan ranjang dengan putera itu ketika berusia 17 tahun. Duke of York menafikan dakwaan itu sehingga kini.