Jawatan kehormat Colonel of the Grenadier Guards dikembalikan secara automatik kepada Ratu dan difahamkan baginda termasuk barisan pegawai kanan ingin jawatan itu menjadi milik Duchess of Cambridge.
Sumber kanan Grenadier Guards memberitahu The Times, “Daripada yang berpangkat bawahan hingga tertinggi, mereka semua menyukai Kate. Kami mengagumi kelakuan dan cara dia menyesuaikan diri, tidak pernah salah membawa diri sehingga kini.”
Grenadier Guards ditubuhkan pada tahun 1656 oleh Raja Charles II dan sejak itu, mereka telah bertempur dalam hampir semua kempen utama Tentera British termasuk Perang Dunia Pertama dan Kedua, Napoleon, Crimean serta Boer.
Jika pelantikan ini menjadi kenyataan, Kate bakal mencipta sejarah sebagai kolonel wanita pertama dalam sejarah 366 tahun rejimen itu.
Foto: Getty Images
Baca: 6 Rahsia Di Sebalik Perhubungan Kate Middleton Dan Putera William