Setelah tujuh bulan menjanda, ramai yang ingin tahu siapa yang boleh menggantikan tempat Tom Cruise di dalam hati Katie Holmes. Namun, jejaka-jejaka di luar sana yang berminat dengan Holmes nampaknya harus tunggu dahulu kerana dia masih lagi belum bersedia.
Gambar: TPGNEWS
Holmes berada di dalam dilema kerana dia sememangnya teringin untuk bercinta lagi tetapi bimbang ke mana perhubungan cinta itu akan membawanya. Dia sukakan kebebasan yang dimiliki sekarang dan risau sekiranya dia mula komited dengan perhubungan baru, kebebasannya akan lenyap. Itulah sebabnya dia kini sangat berhati-hati dalam memilih pasangannya. Holmes sangat gembira dengan kehidupannya sekarang kerana tiada sesiapa yang mengongkong atau mengawal setiap pergerakannya. Jadi betullah khabar angin yang mengatakan Tom Cruise seorang yang control freak?
Gambar: TPGNEWS
Holmes dan Cruise berpisah setelah enam tahun berumah tangga. Khabarnya mereka bercerai kerana Holmes tidak selesa dengan komitmen Cruise terhadap agama Scientology yang diamalkannya. Ia dikatakan akan menjejaskan kehidupan anaknya Suri. Buat masa sekarang, Holmes lebih menumpukan perhatiannya kepada Suri yang dianggap sebagai kawan baiknya. Holmes turut menerima $400,000 setahun dari Cruise untuk menyara anaknya itu.
KATIE HOLMES MENDEKATI KANAK-KANAK HIV >>