Mereka kemudian memilih tarikh pada awal tahun 2020 namun sekali lagi tertangguh disebabkan pandemik Covid-19. Menurut satu sumber pada September tahun lalu, belum sampai masanya mereka bergelar suami isteri.
“Perkahwinan Katy dan Orlando tidak akan berlangsung pada 2020. Ia belum ditakdirkan untuk berlaku. Mereka baru menimang cahaya mata pertama jadi fokus kini hanyalah pada anak, Daisy Dove. Segala rancangan perkahwinan telah pun ditangguhkan. Ia akan berlangsung, namun bukanlah fokus utama mereka buat masa ini.”
Jadi adakah azam baru telah mengubah fokus mereka? Kebenaran pasti akan terbukti tidak lama lagi. Jika berita ini benar, bermakna ia merupakan perkahwinan kali kedua buat Katy dan Orlando.
Pelantun lagu Fireworks ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelawak Russell Brand manakala pelakon Lord of The Rings ini pula pernah bergelar suami kepada model Miranda Kerr dan berkongsi seorang cahaya mata lelaki, Flynn yang kini berusia sembilan tahun.
Foto: World-today-news
Baca: Tiada Lagi Persahabatan Baik Antara Katy Perry dan Rihanna