Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, aktres jelita, Noniswara Baharudin, 43, akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya Datuk Rosman Ridzwan, 54, akibat wujudnya orang ketiga. Apa yang menyedihkan apabila orang ketiga tersebut adalah kawan Nonis sendiri.
LAGI KONTROVERSI SHILA DAN SHARNAAZ >>
Gambar: instagram Noniswara
BILA ANDA PERLU MENGANGKAT KAKI? >>
Menurut Nonis, dia sudah cuba menyelamatkan perkahwinan mereka namun, suaminya tidak dapat melepaskan orang ketiga tersebut dan mengaku mencintai kawannya itu. Suaminya turut mengakui wajah Nonis menyerupai hantu setiap kali dia melihatnya. Tambah Nonis lagi, sebelum wujudnya orang ketiga, keadaan rumah tangga mereka sangat baik.
NELYDIA SENROSE PUNCA PERPISAHAN YUNA DAN QI? >>
APABILA BULAN CINTA MENJADI BULAN PERPISAHAN >>
Nonis tidak menyangka rakannya, yang juga seorang artis, sanggup merampas suaminya. Menurut Nonis, rakan tersebut pernah meminta untuk mencarikan kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya. Tetapi akhirnya rakannya menjadi rapat dengan suaminya apabila Nonis sibuk di lokasi dan memburuk-burukkan Nonis kepada suaminya. Nonis telah memfailkan perceraian pada Februari lalu dan sebutan kes akan berlangsung pada 26 Mac ini.