Menurut MyHealth, skoliosis adalah satu kondisi perubatan di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kiri atau ke kanan dan berputar pada paksi vertikalnya.
Ia diklasifikasikan kepada dua iaitu congenital; kecacatan pada tulang vertebra yang terjadi sewaktu lahir dan idiopatik; sebab yang tidak diketahui. Skoliosis juga boleh berlaku sebagai komplikasi kepada kondisi sistem saraf.
Perubahan pada tulang belakang boleh memberi kesan kosmetik negatif serta komplikasi kesihatan, begitu juga yang dialami oleh Zamani di mana tulangnya sudah pun menghimpit organ lain iaitu jantung dan paru-paru.
Menurut laporan Harian Metro, Zamani kini telah pun sedar namun masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan doktor.