Bekas pengurusnya, Johan Aziz turut berkongsi keadaan terkini penyanyi itu dan memaklumkan dia masih belum dibenarkan menerima pelawat.
“Saya dimaklumkan oleh Juliana malam semalam, yang Zamani sudah pun sedar dan minta minuman daripada doktor. Cuma sekarang dia masih lagi ditempatkan di ICU untuk pemantauan lanjut.
“Harapan saya selepas ini dia lebih sihat dan boleh jalani kehidupan macam biasa, boleh meneruskan kerjaya nyanyian dia. Saya dah tengok lama sangat dia menanggung sakit. Harap-harap selepas buat pembedahan ini, dia okey, insya-Allah,” katanya.
Tempoh pemulihan vokalis Slam itu akan mengambil masa sekitar dua hingga enam minggu, bergantung pada daya ketahanan tubuhnya. Dia juga memerlukan rehat sehingga tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum boleh kembali bekerja.
Baca: Eina Azman Hidap Masalah Kesihatan, Baru Semalam Jalani Pembedahan