Aktor berusia 58 tahun itu merujuk kepada watak penunggang motosikal lagak ngeri Marvel Comic yang dikenali sebagai Johnny Blaze.
Nicolas Cage menggalas watak utama dalam filem tahun 2007 dan sekuelnya pada 2011, yang bukan sebahagian daripada Marvel’s Cinematic Universe.
Pada 2019, muncul satu spekulasi yang mengatakan Keanu bakal menyertai Marvel Universe setelah presiden Marvel Studios, Kevin Feige mendedahkan dia telah berkali-kali cuba menawarkan watak adi wira kepada pelakon itu. Bagaimanapun, dia belum pernah menerima jawapan positif.