Buat masa ini Marvel tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menghidupkan semula filem Ghost Rider mahupun menawarkan watak Johnny Blaze kepada Keanu.
Bagaimanapun, dia tetap akan tampil dalam aksi komik tidak lama lagi dengan membintangi filem anime Netflix yang diadaptasi daripada komik BRZRKR.
Watak utama yang raut wajahnya mirip Keanu merupakan seorang pahlawan abadi yang sanggup bertarung dalam pertempuran ganas dan berbahaya demi melindungi orang lain.