Jika sebelum ini kumpulan idola lelaki yang melonjak naik, nampaknya sejak akhir-akhir ini kebangkitan girl group dalam senario muzik di Korea makin mencanak populariti mereka.
Sebelum ini kumpulan wanita yang mendominasi persada muzik adalah Girls Generation, Kara, 4Minute, 2ne1, Sistar dan Apink antara kumpulan senior yang berjaya. Juga kumpulan yang muncul selepas itu juga seperti AOA, Exid, CLC dan Girls Day masih bertahan. Saban tahun muncul lebih banyak kumpulan baru memandangkan dasar “pengeluaran” bakat baru di Korea Selatan cukup memberangsangkan dan berpuluh-puluh kumpulan baru ditubuhkan.
Dengan harapan konsep serta bakat gabungan yang dihimpun ini boleh menembusi pasaran yang cukup kompetetif. Jika beberapa tahun lalu, kumpulan wanita lebih cenderung untuk mengetengahkan konsep seksi, kini ia bukan lagi satu pelaris sebaliknya formula innocent dengan gaya ala pelajar sekolah menjadi pilihan kebanyakan kumpulan baru menjadi taruhan.