Jurulatihnya berkongsi satu hantaran di Instagram, memuji Adele atas keinginan dan semangatnya yang kuat untuk melakukan perubahan.
“Inilah bukti yang menunjukkan bahawa apabila anda benar-benar mahukannya, memberi komitmen sepenuhnya, percaya pada setiap proses, dan melakukannya untuk diri sendiri, hasil hebat akan menyusul.
“Setiap orang berkemampuan mencapai tahap kecergasan dan kesejahteraan diingini. Ia berbeza untuk setiap orang namun tidak menjadikannya kurang penting. Jika anda mahukan kehidupan lebih sihat, jangan biarkan orang lain mengatakan bahawa anda tidak boleh melakukannya atau memujuk anda untuk tidak melakukannya,” tulisnya.