Walaupun nasihat yang diberi sangat bermanfaat, peminat masih mempersoalkan taktik yang digunakan Adele untuk melakukan transformasi sehebat itu, dari segi diet harian juga senaman.
Untuk memastikan dietnya berkesan, Adele perlu meninggalkan tabiat buruk seperti mengambil minuman berkarbonat kerana walaupun ia tidak mengandungi kalori, tetapi kandungan gulanya sangat tinggi. Ini adalah langkah pertama yang diambilnya.
Untuk struktur diet pula, dia mengikuti Sirtfood Diet yang menekankan pengambilan makanan yang kaya dengan sirtuin seperti kale, beri biru, epal dan strawberi. Dia turut mengambil bijirin sihat seperti buckwheat. Secara keseluruhan, jumlah kalori hariannya hanyalah 1,000. Dia dikatakan meningkatkan pengambilan kalori sejurus mencapai berat ideal.