Dari segi senaman pula, Adele bersenam selama satu jam di gim sebanyak tiga kali seminggu disebabkan jadualnya yang ketat. Walau tidak gemar bersenam, dia melakukannya demi meningkatkan stamina memandangkan gaya hidupnya agak sibuk dan memerlukan lebih tenaga untuk mengurus anak lelakinya, Angelo Adkins yang berusia lapan tahun.
Rutin senamannya di gim adalah kaedah yang merangkumi kardio dan pilates dalam masa sama, yang turut meningkatkan mobiliti dan fleksibiliti.
Matlamat utamanya melakukan transformasi ini bukanlah untuk tampak berbeza, tetapi untuk meningkat kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.
Foto: Lifeandstylemag