Kanye West yang dikenali sebagai artis bermulut lantang berdepan padah selepas memuat naik satu kenyataan kontroversi di media sosial baru-baru ini.
Salah satu akibat yang terpaksa ditanggung Kanye adalah pengakhiran hubungan baiknya dengan majalah tersohor Vogue dan ketua pengarang, Anna Wintour.
Menurut laporan Page Six, kedua-duanya tidak lagi berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan penyanyi itu selepas dia menulis satu kenyataan anti-Semitik di Twitter pada 9 Oktober lalu.
Ciapan itu bagaimanapun telah dipadam kerana melanggar garis panduan dan Twitter kemudiannya mengesahkan Kanye telah pun disekat daripada platform tersebut.