Keputusan Anna untuk memutuskan hubungan dengan Kanye dilihat sebagai satu kehilangan peribadi buat penyanyi itu memandangkan kedua-duanya telah pun menjalin persahabatan sejak lebih sedekad lalu.
Menurut PageSix, hubungan mereka bermula selepas Anna menjemput bapa kepada empat cahaya mata itu ke Met Gala pertamanya pada tahun 2009. Sejak itu, mereka telah dilihat menikmati (dan berkongsi!) makan tengah hari bersama serta menyokong perniagaan satu sama lain.
Baru-baru ini pada bulan September, Anna dirakam menggayakan sepasang cermin mata hitam Yeezy bersama bekas suami Kim Kardashian itu di Minggu Fesyen New York.
