Vogue bukan satu-satunya jenama tersohor yang memutuskan hubungan dengan Kanye berikutan kenyataan kontroversinya baru-baru ini.
Khamis lalu syarikat induk Balenciaga menamatkan kontrak dengan pelantun lagu Hurricane itu dan memaklumkan tidak akan lagi berkolaborasi dengannya pada masa akan datang.
Semalam, Adidas pula menamatkan kerjasama yang terjalin sejak 2013 dengan alasan bahawa komen-komen kontroversi Kanye “tidak boleh diterima, penuh kebencian dan membahayakan.”

Baca: Mengapa Jaden Smith Boikot Pertunjukan Fesyen Kanye West?