Kejadian itu disedari oleh anak lelaki mereka, Cruz beberapa jam kemudian selepas pulang bertemu rakan-rakan apabila melihat kaca tingkap bertaburan di atas lantai dan keadaan bilik yang bersepah seperti telah digeledah.
Pasangan itu dianggarkan kerugian berpuluh ribu ringgit setelah perompak melarikan pelbagai perkakas elektrik dan barangan berjenama mewah.
Rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV) berjaya merakam imej lelaki bertopeng memanjat pagar di hadapan rumah mereka. Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.